INTEGRITI










MAKSUD INTEGRITI


Menurut Kamus Dewan Bahasa bermaksud kejujuran dan ketulusan,kesempurnaan, dan keutuhan. Ia juga berkait rapat dengan keikhlasan, keterbukaan,ketelusan, dan amanah. Integriti secara umumnya boleh didefinisikan sebagaiperibadi mulia yang terdapat pada individu meliputi nilai-nilai amanah, jujur , ikhlas,sabar, tidak rasuah, berlapang dada, telus, bertanggungjawab dan ciri-ciri positif yang lain. ( diambil dari laman web).  Manakala , menurut Datuk Sri Najib integriti merupakan dilihat pada satu konsep yang holistik dan komprehensif secara semulajadi. Integriti jika dilihat dari maksud yang mendalam bermaksud seseorang yang boleh dipercayai, amanah, menolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa, komited menjalankan tugas dan berpegang pada janji serta.  Seperti contoh seorang pegawai kerajaan mereka perlu menjalankan amanah seperti yang ditetap dan dijanjikan  serta mesti boleh dipercayai.


1. Integriti Individu
 Integriti individu ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya; keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Apa yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Apabila dia bertindak atau bertingkah lalu demikian secara konsisten dalam pelbagai segi, dia dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak sebaliknya ,dia dikatakan tidak berintegriti atau lemah integritinya.


 2. Integriti Organisasi
 Selain individu, organisasi juga mesti mempunyai integriti. Integriti organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi.


  3. Integriti Penjawat Awam
 Bagi individu yang memegang amanah seperti mereka yang menjawat jawatan awam, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat itu perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak lain.



RUJUKAN


integrisi dan generasi muda. (2010, january 21). Retrieved september 6, 2014, from utusan online: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0321&sec=Forum&pg=fo_01.htm
integriti. (n.d.). Retrieved september 6, 2014, from definisi integriti: http://www.scribd.com/doc/49190824/INTEGRITI




0 comments:

Post a Comment