ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,DIHARAP BLOG INI DAPAT DIMANFAATKAN DENGAN BAIK .TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DI BLOG ADASOFI.KAMI GURU PELATIH DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS. PEMILIK BLOG INI IALAH ZAYANA SOFIA BINTI ZAKARIA DAN SITI NURSYUHADAH BT SHAPEI

INILAH GURU PELATIH KELAS J1.3.SERAMAI 16 GURU PELATIH.
PENDIDIKAN KHAS(MASALAH PENGLIHATAN)
IPGKIK

INTEGRITI










MAKSUD INTEGRITI


Menurut Kamus Dewan Bahasa bermaksud kejujuran dan ketulusan,kesempurnaan, dan keutuhan. Ia juga berkait rapat dengan keikhlasan, keterbukaan,ketelusan, dan amanah. Integriti secara umumnya boleh didefinisikan sebagaiperibadi mulia yang terdapat pada individu meliputi nilai-nilai amanah, jujur , ikhlas,sabar, tidak rasuah, berlapang dada, telus, bertanggungjawab dan ciri-ciri positif yang lain. ( diambil dari laman web).  Manakala , menurut Datuk Sri Najib integriti merupakan dilihat pada satu konsep yang holistik dan komprehensif secara semulajadi. Integriti jika dilihat dari maksud yang mendalam bermaksud seseorang yang boleh dipercayai, amanah, menolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa, komited menjalankan tugas dan berpegang pada janji serta.  Seperti contoh seorang pegawai kerajaan mereka perlu menjalankan amanah seperti yang ditetap dan dijanjikan  serta mesti boleh dipercayai.


1. Integriti Individu
 Integriti individu ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya; keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Apa yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Apabila dia bertindak atau bertingkah lalu demikian secara konsisten dalam pelbagai segi, dia dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak sebaliknya ,dia dikatakan tidak berintegriti atau lemah integritinya.


 2. Integriti Organisasi
 Selain individu, organisasi juga mesti mempunyai integriti. Integriti organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi.


  3. Integriti Penjawat Awam
 Bagi individu yang memegang amanah seperti mereka yang menjawat jawatan awam, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat itu perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak lain.



RUJUKAN


integrisi dan generasi muda. (2010, january 21). Retrieved september 6, 2014, from utusan online: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0321&sec=Forum&pg=fo_01.htm
integriti. (n.d.). Retrieved september 6, 2014, from definisi integriti: http://www.scribd.com/doc/49190824/INTEGRITI




MIND MAP KEMAHIRAN




KEMAHIRAN BELAJAR YANG CEMERLANG








KEMAHIRAN LITERASI MAKLUMAT









PENDIDIKAN KHAS




MAKSUD PENDIDIKAN KHAS

Definisi Pendidikan Khas pula ialah satu bidang yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan penyelidikan yang tersendiri. Kesemua ini menumpukan ke arah pengurusan dan pembelajaran yang baik bagi menilai dan mematuhi kehendak – kehendak khas. Pendidikan khas juga satu program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan muri – murid khas. Perkara ini termasuk penggunaan bahan – bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. “Pendidikan Khas merujuk pada pendidikan bagi kanak – kanak luar biasa iaitu kanak – kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. (Chua Tee dan Koh Boh Boon,1992).


DEFINISI MASALAH PENGLIHATAN
Definisi masalah penglihatan boleh dilihat dalam dua perspektif  dari segi perundangan dan pendidikan. Kedua-dua definisi di bawah telah dipetik daripada laman web dpulih hasil keluaran Kementerian Pelajaran Malaysia. Dari segi perundangan pula definisi masalah penglihatan melibatkan penilaian ketajaman penglihatan dan medan penglihatan seseorang. Bacaan ketajaman penglihatan akan membezakan seseorang, sama ada dia buta atau kabur penglihatan. Oleh itu, bagi kategori low vision juga dikenali sebagai penglihatan terhad. Penglihatan kurang daripada 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa. Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria penglihatan. Manakala , bagi kategori blind (buta) pula biasanya penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang terbaik, ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa. Menurut Safini Bahari,2006 pula  definisi masalah penglihatan yang lain adalah kehilangan daya penglihatanterhadap cahaya (kemampuan menyatakan kewujudan pencahayaan darikawasan gelap) mahupun unjuran cahaya iaitu kebolehan untuk mengenalpastipunca arah cahaya.
CIRI-CIRI FIZIKAL
  •      RUPA

Berbola mata yang selalu berputar-putar
Mata selalu bergerak-gerak
Mata selalu berair
Mata yang terlalu sensitif terhadap cahaya
  •       TINGKAH LAKU

Kerap berkelip
Kerap menggosok mata
Keliru dengan huruf
Memegang kepala dengan cara luar biasa

      PUNCA-PUNCA
  • ·         Baka dan keturunan
  • ·         Rubella
  • ·         Kecederaan
  • ·         Penyakit
  • ·         Sifilis

     KEPERLUAN PEMBELAJARAN ATAUPUN LATIHAN
  • ·         Panduan dalam aspek orentasi dan amat diperlukan
  • ·         Arahan yang diberi perlu dalam bentuk yang mudah dan konkrik
  • ·         Diajar menggunakan deria-deria lain seperti deria pendengaran, deria sentuh, deria bau dan deria rasa.

KAEDAH P&P PELAJAR PENDIDIKAN KHAS BERASASKAN MASALAH PENGLIHATAN 
             i. Buta sepenuhnya
a) Menggunakan mesin Braille sebagai alat menulis dan membaca
b) Menggunakan gambar rajah timbul dalam aktiviti bergambar seperti petaRabun
a) Large Print-Lembaran kerja di besarkan saiz tulisan
b) Menggunakan kanta
c) Menggunakan CCTV-TV yang boleh membantu pelajar membaca buku

ii.Pelajar Pendidikan Khas bermasalah penglihatan belajar mengikut sukatan                          pelajaran sama dengan aliran perdana, kurikulum yang sama.
  Cuma yang membezakan ialah pendekatan pengajaran yang dilaksanakan oleh                    guru pembimbing.Soalan –soalan dalam peperiksaan yang dimodikasikan untuk                    kesesuaian pelajar.

iii. Penggunaan Komputer di kalangan pelajar

iv. Orientasi dan Mobiliti

Membantu mereka supaya berdikari dalam sesuatu yang dilakukan seperti cara              menggunakan tongkat dengan betul dan menguruskan diri

ALAT-ALAT UNTUK MEMBANTU PELAJAR MASALAH PENGLIHATAN
  • 1.       Teleskop

Fungsi : Melihat objek yang sangat jauh seperti bulan
  • 2.       Mikroskop 

Fungsi : Untuk melihat objek yang sangat kecil seperti mikroorganisma
  • 3.       Kanta Pembesar

 Fungsi : Untuk membesarkan objek kecil
  • 4.       Sinar-X

Fungsi : Untuk mengimbas imej tubuh badan bagi digunakan untuk tujuan perubatan
  1. 5       Periskop

Fungsi : Untuk melihat objek di hadapan yang terlindung oleh halangan
  • 6.       Teropong

Fungsi : Untuk melihat objek yang jauh
  • 7.       Alat Pengimbas Ultrabunyi 

Fungsi : Untuk mengimbas bahagian dalam badan dengan menggunakan imbasan ultrabunyi


SOALAN

1)    Apakah yang dimaksudkan masalah penglihatan?
2)    Nyatakan punca-punca terjadinya masalah penglihatan dalam kalangan masyarakat?
3)    Berikan dua ketogeri masalah penglihatan?
4)    Bagaimanakah kaedah p&p masalah penglihatan?
5)    Apakah peralatan yang digunakan untuk membantu murid masalah penglihatan dalam pelajaran?





    RUJUKAN


(n.d.). Retrieved SEPTEMBER 4, 2014, from PROSES PEMBELAJARAN MASALAH PENGLIHATAN: http://haddahayata.wordpress.com/proses-pp/
(2012). Retrieved SEPTEMBER 2, 2014, from http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10/definisi-masalah-penglihatan.html
DEFINISI MASALAH PENGLUHATAN. (2012). Retrieved SEPTEMBER 2, 2014, from NOTA PELAJAR PISMP: http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10/definisi-masalah-penglihatan.html
BAYEK, N. (2013, january 14). DEFINIDI PENDIDIKAN KHAS. Retrieved SEPTEMBER 2, 2014, from http://notapendidikankhasku.blogspot.com/2013/01/definisi-pendidikan-khas.html
DEFINISI MASALAH PENGLIHATAN . (n.d.). Retrieved SEPTEMBER 4, 2014, from MASALAH PENGLIHATAN: http://www.scribd.com/doc/60598424/Definisi-bermasalah-penglihatan
MASALAH PENGLIHATAN. (n.d.). Retrieved 2014, from DEFINISI MASALAH PENGLIHATAN: http://www.scribd.com/doc/60598424/Definisi-bermasalah-penglihatan